JEMPUTAN EKSKLUSIF KEPADA USAHAWAN MARA UNTUK MENYERTAI 
'FIESTA BELIA TITIWANGSA BERSAMA RAKYAT 2012'

 Pertubuhan Belia Perpaduan Kuala Lumpur (YOUNITY) merupakan satu pertubuhan yg berdaftar di bawah Kem. Belia dan Sukan Malaysia. YOUNITY  cawangan Titiwangsa telah merancang satu program yang mengandungi pelbagai aktiviti belia untuk tahun 2012 bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Belia Titiwangsa dan juga pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengadakan fiesta yang khusus untuk komuniti di kawasan Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang bakal dijalankan di fiesta ini :- 
  1. pertandingan memancing
  2. pertunjukan bermotor
  3. persembahan kebudayaan belia pelbagai kaum
  4. aktiviti sukan rakyat dan seukan ekstrim
  5. persembahan kesenian
  6. pameran dan kempen
  7. sukaneka kanak-kanak
  8. program wanita
  9. acara kebajikan
  10. pertunjukan fesyen
  11. booth jualan
  12. persembahan artis belia pelbagai kaum dan pelbagai lagi
Program ini juga diadakan bersama FUN RIDE anjuran Garuda Air dimana dijanka Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia, Andi Mallarangeng akan hadir pada hari tersebut.


Untuk maklumat pemohon booth :

tarikh     :   19 Febuari 2012
masa     :    7.00 pg. - 7.00 mlm
tempat   :    Taman Tasik Titiwangsa , Kuala Lumpur
sewa Tapak :  RM 300.00
keluasan      :   10' x 10'
kemudahan  :   kerusi, meja & plug point (kipas tiada)
jenis perniagaan : Pakaian, makanan kesihatan, makanan yang siap dimasak

Bagi yang berminat  untuk menyewa booth sila hubungi dengan PUSAMWP MARA Wilayah Persekutuan : 

Pn. Rosnizana dan En. Fairul di talian 03-2693 7796 @ melalui email pusmawp@gmail.com