JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM HALAL FIESTA MALAYSIA (HALFEST)

Sukacita dimaklumkan bahawa MARA dengan kerjasama Halal Industry Development Corporation (HDC), CIMB Islamic Bank, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan SHAPERS akan menganjurkan Halal Fiesta Malaysia pada 12 hingga 16 Oktober 2011 di Putra World Trade Centre (PWTC).

Tuan-tuan adalah dialu-alukan untuk hadir selain mendapat pendedahan dan maklumat terkini berkaitan Industri Makanan Halal dan perkhidmatan Negara.

Sekian.